Wednesday, December 8, 2010

Kek Chocolate Lembab

Salah satu resepi kek yang zie ambil dari My resipi





Bahan-bahan ( mengikut saiz kek )

  • 340g gula halus >
  • 3 biji telur
  • 225g tepung gandum
  • 60g serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 170g butter
  • 170ml air
  • 1 sudu teh koko emulco

Cara-cara

Masukkan butter dan gula dalam bekas dan pukul sebati
Masukkan telur sebiji-sebiji , esen vanilla , coklat emulco dan kacau sebati
Tepung gandum , soda bikarbonat , baking powder , dan serbuk koko diayak sekal
Tepung yang diayak dimasukkan beselang - seli dgn air di dalam bahan yang dipukul tadi Masukkan di dalam bekas >dan masukkan didalam oven 180 c - 40 min

Topping
(.. terlupa kat mana zie ambil resepi ni)

  • 250g coklat masak
  • 135ml whipping cream
  • 10g butter

Cara-cara

Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'
Masak whipping cream sehingga mendidih.
Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.
Masukkan butter dan kacau hingga sebati.
Biarkan sejuk sebelum diratakan ke atas kek.