Sunday, October 18, 2009

Chocolate Moist Cake & Butter Cake



Resepi dari Teratak Impian - Butter cake & Chocolate Moist Cake Menjadi kesukaan kanak-kanak.... 2nd menu di majlis mesra Aidilfitri di rumah En. Din. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai dan bertemu rakan-rakan lama.... he.. he...

CHOCOLATE MOIST CAKE

Bahan-bahan :
250gm butter
300gm castor sugar
1tbsp ovallete
6biji telur

Diayak:
250 gm tepung
2 tsp baking powder
1½ tsp soda bicarbonate

Bahan2 paste
1 cawan serbuk koko
1¼ cawan air
60gm gula castor
1tbsp serbuk nescafe segera - optional


Butter Cake Bahan2:

5 biji telur
250 gm butter
250 gm gula castor- kurangkan manis (220 gm)
250 gm tepung gandum diayak
1 sudu teh baking powder

1 sudu teh vanilla

4 sudu besar
fresh milk


Note:
*kalau guna tepung kek,xyah bubuh baking powder

cara2:

1. Ayak tepung dan baking powder....ketepikan (ayak supaya kek jadi ringan)
2. Butter dipukul bersama gula sampai kembang

3. Masukkan telur satu persatu,pukul lagi,masukkan vanila,fresh milk kacau sebati

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,sampai habis dan kacau hingga sebati
5. Bakar selam 40 minit atau sehingga kek masak dalam oven kepanasan 170-180 deg.


Moist Brownies





Resepi ni.. zie buat semasa majlis mesra Aidilfitri di rumah En. Din pada 17hb bulan Oktober yang lepas.. Resepi asal zie ambil dari Hanieliza...




Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT

Bahan

250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara
1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.

Monday, October 12, 2009

Kek Lapis Asam



Puding Buih





Bahan-bahan:

1 paket agar-agar strip (35gm - direndam dalam 1/2 ja,)
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan
6 biji telur gred A simpan 1 kuning terlur untuk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail


Kuah :

1 tin susu cair
2 tin air
7 sudu besar gula - ikut suka
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur (diambil dari 6 biji telur tadi)
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Caranya :

Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa sendiri. Kacau sebati.

Bila agar-agar dah suam-suam panas, pukul telur hingga betul-betul kembang dan gebu (6 putih dan 5 kuning sahaja)

Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga betul-betul kembang dan gebu.

Tuangkan adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan kacau dengan mixer hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang telah diletakkan fruit cocktai. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi pudinig ni ketika nak makan.

Untuk membuat kuah :

Masukkan kesemua bahan ke dalam peruk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ni hendaklah sentiasa dikacau suapay tidak berketu. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan ke dalam peti ais.

Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.




Saturday, October 10, 2009

Agar-agar Pelangi




Di ambil dari blogger. Cantik dan seronok membuatnya... walaupun agak leceh...

Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan

Bahan B
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
1 sudu teh garam

Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda

Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.

Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Thursday, October 8, 2009

American Choc. Cake (Moist)






Resepi asal dari Maklang Corner - moist sekali kek ni... anak-anak suka.. resepinya adalah :

BAHAN
2 cups flour*
2 cups granulated sugar-guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder
* 2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt
1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;
1.Ayak bahan * sekaligus
2.Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air
3.Masukkan bahan yg diayak,air dan susu.kacau kejap dgn senduk kayu.
4.Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min bergantung pd oven masing2...

Buat 2 buah - 1 untuk jamuan hari raya di tadika Miyul dan lagi satu... untuk tetamu di rumah