Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Kuih Cara

Resepi dari sumber : Resepi Nannie :

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

BAHAN INTI KUIH :

Gula secukupnya


CARA MEMASAK :


~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2


Kuih Ubi Kayu (lagi)






Wednesday, January 9, 2013

Bingka Ubi Kayu

Salam semua, hari ni teringin betul rasanya nak makan bingka ubi kayu. Pagi tadi semasa membeli barang-barang dapur terjumpa pulak ubi kayu so rasanya niat dihati yang yang diidam-idam akan tercapai rasanya. Alhamdulilah nilah hasilnya....


Resepi ni Zie ambil diblog ni... terima kasih kepada empunya resepi.  




 
Bahan-bahannya:  

 4 cawan ubi kayu parut
1 cawan gula
2 cawan santan pekat
2 biji telur (zie gunakan 1 biji je)
100 gm butter
Sedikit pewarna kuning

 
Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk yang sesuai.Gaul hingga sebati.Tuangkan kedalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak.Bakar hingga masak dan garing dibahagian atasnya.Biarkan kuih sejuk baru di potong.

Saturday, January 5, 2013

Monday, December 31, 2012

Apam Palkadot





Apam Gula Merah

Ini adalah resepi daripada Cik Fatien Yusri yang sudi berkongsi resepi....


bahan2 nya..

mauripan sepeket
tepung gandum setengah kilo
gula merah 1 cawan
gula pasir 3sudu
kelapa sebiji ambil yg putih
sedikit air

cara2..

mauripan dan tepung di gaul sebati.
gula merah di masak dlm sedikit air panas dan tapis sejuk kan sebentar
tuang ke dalam adunan td
tambah sedikit air msk kan gula pasir
kacau sebati
biar setengah jam ke 1 jam sehingga die naik dan nmpak ade lubang2
tuang ke dalam loyang (sapu sedikit myk ke dlm loyang tu)
kukus 15-20 minit
cucuk guna lidi sate(kalau tarik lidi xmelekat makne dah msk) kalau masih ade melekat kukus lg 10minit..

 


Alhamdulilah menjadi kuih apamku kali ini.... jom kita makan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam

Donat lagi


Mendonat lagi la gamak... anak-anak suka makan bolehlah buat selalu walaupun tidak berapa cantik yang penting rasanya ... nyaman




Saturday, December 29, 2012

Kuih Gulung

Kuih yang paling mudah, senang dan sedap. Yang paling penting intinya mestilah sedap barulah terangkat dimakan.... layannnn




 

Bahan yang digunakan pun main campur dan lebur je....

Thursday, December 6, 2012

Donut



rrrr

Walaupun rupanya tak cantik tapi rasanya tetap sedap...

Tuesday, September 18, 2012

Kuih Gulung / Hijau

Beberapa teknik membuat kuih gulung kegemaran En abang kita...





Wednesday, October 27, 2010

Apam Balik

Tergerak hati nak mencuba resepi Apam Balik ni... nampak mudah asyik beli je... why not cuba buat sendiri. Zie ambil resepi ni dari blog Hana's Family. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resepi.






Bahan-bahan
Batter
  • 1 cwn tepung naik sendiri - SRF
  • 2 sb gula
  • 3/4 cwn susu segar or less - resepi asal 1 cwn tp agak cair
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji telur
  • ¼ sk baking soda
  • ½ sk baking powder -nih hana add - x buh pon xpe sbb dh guna SRF
  • Secubit garam - jika gune butter bergaram, abaikan ni
  • 1 sb minyak masak@butter cair
Toppings
  • ½ cawan kacang tanah panggang - tumbuk kasar
  • 2 sb gula - add or less - leh campur skali dgn kacang
  • ¼-½ cwn jagung cream
  • Sedikit butter
Cara-cara
  • Dalam mangkuk besar pukul telur dan juga gula sehingga gula hancur.
  • Masukkan 1/2 cwn susu dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung, baking soda, baking powder. Kacau. Masukkan baki susu (jika terlalu pekat) dan juga minyak. Kacau lagi sebati.Perap sekejap lam 15min.
  • Panaskan kuali non-stick dgn api kecil. Tuang adunan sesenduk. Tutup sebentar.
  • Buka dan taburkan kacang, jagung, gula, dan sedikit butter.
  • Biarkan sebentar. Kemudian angkat dan lipat. Sejukkan dan potong.

Friday, June 25, 2010

Kek Gula Hangus (Honey Comb)

Kesukaan ibu mertua zie.... kalau ada kelapangan zie pasti membuatnya...




Jemput - Jemput Ikan Bilis



One of the favorite kuih my hubby ....
makan satu nak dua, makan dua nak lima.... begitulah sukanya dia

Ingrediant :

Wheat flour
Warm water
Ikan bilis (ground & rough)
A little salt

Very easily ...

Sunday, January 24, 2010

Kuih Cara Manis




Sedapnya... kuih cara ni.. lagi resepi dari Myresipi...



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/3 sudu kecil garam
airs (jika perlu)
Gula secukupnya untuk inti

Caranya L

Campurkan semua bahan di atas kecuali gula. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan nampak pekat. Kacau hingga sebati. Tapi jika masih berketul.

Kemudian, panaskan acuan atas api kecil. Sapukan minyak atas acuan menggunakan berus.

Pastikan api kecil. Apabila acuan dah panas, tuangkan bancuhan ke dalam setaip satu acuan dengan menggunakan satu sudu besar dan satu sudu kecil.

Kemudian letak 1/3 sudu kecil gula atas setiap satu acuan tadi.

Tutup acuan dengan tudung periuk hingga masak. Angkat dengan garfu.

Tips - pastikan bancuhan tidak terlalu pekat (kuih akan jadi keras) Makan tambah air. Jangan pula terlalu cair (kuih akan melekat pada acuan) maka tambah tepung.

Thursday, July 30, 2009

Kuih Bakar



Bahan-bahannya :

2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan
250 ml jus pandan - dapatkan 250 ml
Sedikit pearna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi - cairkan

Caranya :

Pansakan oven pada suhu 200C. Lenser tin dengan mentega.

Satukan semua bahan - bahan di atas. Kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.

Pansakan tin dalam ketuhar selama 5 minit. Keluarkan tin dan curahkan adunan dan bolehlah dibakar.

Bakarlah selama 40 - 50 minit hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak.