Salam semua, hari ni teringin betul rasanya nak makan bingka ubi kayu. Pagi tadi semasa membeli barang-barang dapur terjumpa pulak ubi kayu so rasanya niat dihati yang yang diidam-idam akan tercapai rasanya. Alhamdulilah nilah hasilnya....
Resepi ni Zie ambil diblog ni... terima kasih kepada empunya resepi.
Bahan-bahannya:
4 cawan ubi kayu parut
1 cawan gula
2 cawan santan pekat
2 biji telur (zie gunakan 1 biji je)
100 gm butter
Sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk yang sesuai.Gaul hingga
sebati.Tuangkan kedalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak.Bakar
hingga masak dan garing dibahagian atasnya.Biarkan kuih sejuk baru di
potong.
No comments:
Post a Comment