Showing posts with label Ubi. Show all posts
Showing posts with label Ubi. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Bingka Ubi Kayu

Salam semua, hari ni teringin betul rasanya nak makan bingka ubi kayu. Pagi tadi semasa membeli barang-barang dapur terjumpa pulak ubi kayu so rasanya niat dihati yang yang diidam-idam akan tercapai rasanya. Alhamdulilah nilah hasilnya....


Resepi ni Zie ambil diblog ni... terima kasih kepada empunya resepi.  




 
Bahan-bahannya:  

 4 cawan ubi kayu parut
1 cawan gula
2 cawan santan pekat
2 biji telur (zie gunakan 1 biji je)
100 gm butter
Sedikit pewarna kuning

 
Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk yang sesuai.Gaul hingga sebati.Tuangkan kedalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak.Bakar hingga masak dan garing dibahagian atasnya.Biarkan kuih sejuk baru di potong.