Friday, February 1, 2013

Kek Optima Marble

Kek semperna kepulangan ibuku daripada Tanah Suci. Alhamdulilah semua selamat. Resepi Kek Marble Optima  ini Zie ambil dariblog serojakitchen.... terima kasih kerana sudi berkongsi resepi...

  
KEK MARBLE OPTIMA
Resepi : Kak Fida (Myr)
Source: am@serojakitchen

Bahan-bahanya
250g butter
350g tepung optima
6 biji telur (Gred 'A')
2sb serbuk koko (diayak) - kita guna coklat emulco je..
1sk essen vanila
1 atau 2 lagi warna pilihan


Caranya
Butter dicairkan terlebih dulu
Kemudian pukul telur bersama tepung sehingga kembang
masukkan vanila & butter (yang telah dicairkan tadi) digaul rata

*Ambil 1/3 adunan dicampurkan serbuk koko dan lebihan adunan diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing

Bubuh adunan seperti marble ke dalam loyang yang telah disapu butter & dialas dgn kertas minyak dasarnya
Bakar suhu 150-160° (mengikut kesesuaian oven masing2) lebih kurang 45-50 minit
Sejukan di atas redai sebelum dipotong



Kek Green Velvel Cheese ini pulak zie ambil dari blog meman sedap kek ni





3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 
180ml air susu

2 sudu besar jus lemon

Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk


330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna hijau

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka


Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian
masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan 
baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan 
berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan 
kelajuan yang sederhana.  Masukkan juga pewarna hijau. 
Campurkan baking powder dengan cuka ke dalam mangkuk 
kecil.  Kacau biar sebati dan berbuih.  Masukkan dengan 
kadar segera ke dalam adunan kek dan kacau biar sebati. 
Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan 
margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek 
melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak)
Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble.. 

Bakar selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.

Keluarkan dari oven dan tuang lapisan keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble )..Bakar selama 25 - 30 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Lapisan krim keju
250gm krim keju
3/4 cawan gula halus
1 biji telur

Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.






No comments: