Monday, October 12, 2009

Puding Buih





Bahan-bahan:

1 paket agar-agar strip (35gm - direndam dalam 1/2 ja,)
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan
6 biji telur gred A simpan 1 kuning terlur untuk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail


Kuah :

1 tin susu cair
2 tin air
7 sudu besar gula - ikut suka
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur (diambil dari 6 biji telur tadi)
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Caranya :

Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa sendiri. Kacau sebati.

Bila agar-agar dah suam-suam panas, pukul telur hingga betul-betul kembang dan gebu (6 putih dan 5 kuning sahaja)

Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lagi hingga betul-betul kembang dan gebu.

Tuangkan adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan kacau dengan mixer hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan yang telah diletakkan fruit cocktai. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi pudinig ni ketika nak makan.

Untuk membuat kuah :

Masukkan kesemua bahan ke dalam peruk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ni hendaklah sentiasa dikacau suapay tidak berketu. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan ke dalam peti ais.

Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.




No comments: