Saturday, October 10, 2009
Agar-agar Pelangi
Di ambil dari blogger. Cantik dan seronok membuatnya... walaupun agak leceh...
Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
1 sudu teh garam
Bahan C
Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Labels:
Pencuci mulut,
Puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment