Monday, May 25, 2009

Moist Choclate Cake



Cubalah Moist Choc. Cake dari My resepi ni...
Memang sedap ... cubalah.... memang betul-betul moist ....


Bahan-bahan ( loya

ng 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.

Thursday, May 21, 2009

Moist Chocolate Cake




Resepi ini zie terbaca dalam satu blog tapi dah ingat kat mana...
Katanya kek ni betul-betul moist walau pun dibakar. Jadi zie cuba membuatnya. Memang moist
betul...

Dah ramai kawan yang order kek ini... walaupun malas... zie buat buatkan juga... almaklumlah...



Bahannya :

250gm butter
310gm gula kastor
1 sudu kecil ovellate
6 biji telur

250gm tepung
2 sudu kecil baking power
11/2 sudu kecil bicarbonate
*diayak

Paste :

1 cawan coco powder
11/4 cawan air
60gm gula kastor
1 sudu kecil nescape

Topping :

300gm cooking chocolate
200gm whipping cream
1 sudu kecil butter

Caranya :

Pukul butter, gula kastor dan ovellate sehingga kembang .
Masukkan telur satu persatu diikuti tepung yang telah diayak bersama soda bicarbonate dan baking power berselang seli dengan paste.
Bakar 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven.

Sunday, May 17, 2009


Together " Hari Ibu..."

Pingat yang di menangi untuk 2 game - 1 gold & 1 silver




Gembira sangat dengan hari sport Amirul pada 09/05/2009 yang lalu...

Thursday, May 7, 2009

Marble Cheese Brownies




Resepi diambil dari blog....

Anyway terima kasih banyak-banyak... sedap juga...

BAHAN BROWNIES :-)

250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (mat guna 3/4 cawan)
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-
Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.

UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.

UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...

Kek Pisang ala English





Lama tak makan kek pisang.... cari punya cari hasilnya...
inilah kek yang dicuba dari ruang My resepi kat sini


Resepi asal zie gandakan agar jadi besar sikit.

Bahan-bahan

180 gm tepung
2 biji pisang ukuran besar (kalu kecil buat 3 biji)
70 gm butter
3 sudu gula putih
2 sudu light brown sugar
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen wanila
1 biji telur
utk hiasan;
pisang di potong seperti dlm gambar
serbuk kayu manis
gula pasir

Cara-cara

Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat . Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.