Tuesday, January 26, 2010

Bread Maker




Akhirnya tercapai hajat zie nak beli mesin bread maker. Agak lama juga.. bukannya apa, nak beli tak nak .. dok bermain-main kat kepala ni....

Inilah hasil roti yang zie buat ....

Sunday, January 24, 2010

Kuih Cara Manis




Sedapnya... kuih cara ni.. lagi resepi dari Myresipi...



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/3 sudu kecil garam
airs (jika perlu)
Gula secukupnya untuk inti

Caranya L

Campurkan semua bahan di atas kecuali gula. Tambahkan air sedikit demi sedikit dan nampak pekat. Kacau hingga sebati. Tapi jika masih berketul.

Kemudian, panaskan acuan atas api kecil. Sapukan minyak atas acuan menggunakan berus.

Pastikan api kecil. Apabila acuan dah panas, tuangkan bancuhan ke dalam setaip satu acuan dengan menggunakan satu sudu besar dan satu sudu kecil.

Kemudian letak 1/3 sudu kecil gula atas setiap satu acuan tadi.

Tutup acuan dengan tudung periuk hingga masak. Angkat dengan garfu.

Tips - pastikan bancuhan tidak terlalu pekat (kuih akan jadi keras) Makan tambah air. Jangan pula terlalu cair (kuih akan melekat pada acuan) maka tambah tepung.

Friday, January 22, 2010

Kek Batik Sutera (ala rangup)



Lagi satu resepi dari collection Myresepi.. Ini menjadi kegemaran kak long & ayul ..


Bahan-bahan :

250g butter
1 pkt biskut marie (320g)
1 cawan milo
1/2 cawan nestum
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko

Caranya :

Cairkan butter. Masukkan susu pekat. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan mila, kacau lagi dan diikuti nestum dan sebuk koko.

Biskut marie dipatahkan 2. Masukkan ke dalam rice cooker dan kacau hingga pekat dan melekat

Alas loyang dengan beg plastik. Tuangkan adunan dan tekan dengan tangan sehingga mampat.

Simpan di dalam peti sejuk sebelum dipotong

Monday, January 11, 2010

Ragam Amirul


Lepak- lepak kat Wangsa Walk... selepas celebrate Amira's birthday yang ke 13 tahun...