Wednesday, October 27, 2010

Apam Balik

Tergerak hati nak mencuba resepi Apam Balik ni... nampak mudah asyik beli je... why not cuba buat sendiri. Zie ambil resepi ni dari blog Hana's Family. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resepi.






Bahan-bahan
Batter
  • 1 cwn tepung naik sendiri - SRF
  • 2 sb gula
  • 3/4 cwn susu segar or less - resepi asal 1 cwn tp agak cair
  • 1 sk esen vanila
  • 1 biji telur
  • ¼ sk baking soda
  • ½ sk baking powder -nih hana add - x buh pon xpe sbb dh guna SRF
  • Secubit garam - jika gune butter bergaram, abaikan ni
  • 1 sb minyak masak@butter cair
Toppings
  • ½ cawan kacang tanah panggang - tumbuk kasar
  • 2 sb gula - add or less - leh campur skali dgn kacang
  • ¼-½ cwn jagung cream
  • Sedikit butter
Cara-cara
  • Dalam mangkuk besar pukul telur dan juga gula sehingga gula hancur.
  • Masukkan 1/2 cwn susu dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung, baking soda, baking powder. Kacau. Masukkan baki susu (jika terlalu pekat) dan juga minyak. Kacau lagi sebati.Perap sekejap lam 15min.
  • Panaskan kuali non-stick dgn api kecil. Tuang adunan sesenduk. Tutup sebentar.
  • Buka dan taburkan kacang, jagung, gula, dan sedikit butter.
  • Biarkan sebentar. Kemudian angkat dan lipat. Sejukkan dan potong.

Tuesday, October 26, 2010

CHOCOLATE PEPPERMINT CAKE

Resepi dari blog Mat Gebu





BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
120 gram gula halus
1/2 camca besar ovallate
15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
1 camca besar serbuk koko*
1 camca teh coklat emulco*
1/2 camca teh esen vanilla*
3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes)
Sedikit pewarna hijau
3 titik perisa pudina

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati.
4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga
5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan..


Puding Kastard Jagung Berkoktel

Bahan utk Puding:

1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan jagung manis(dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Bahan Tambahan:

1 cawan buah campuran dalam tin


Cara-cara:
1. Letak buah-buahan campuran ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2, ketepikan.
2. Campurkan kesemua bahan utk puding kedalam periuk/casserol dan kacau mesra.
3. Kemudian letak di atas api yang perlahan dan kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
4. Angkat dan tuangkan kedalam loyang kesukaan atau bekas acuan berisi buah-buahan campuran tadi.
5. Tunggu sehingga sejuk dan kemudian masukkan dalam peti ais. Sedap dimakan bila sejuk.


Friday, October 22, 2010

Blueberry Cheese Tart




Hari ni terpaksa ambik cuti coz plumber nak dtg rmh... tersumbat ...
sambil-sambil tu... teringat nak makan blueberry cheese tart lak... dan nilah hasilnya Resepi asal dari ......kat sini
BLUEBERRY CHEESE TART
Source: Kak Rinchan

Bahan-bahan:

Untuk doh pastri
250gm butter
80gm icing sugar
2 biji telur
440gm tepung gandum
1 teaspn esen vanila


Kaedah penyediaan:


1. Satukan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
2. Ambil sebahagian kecil doh dan tekankan dalam acuan tat. Sila rujuk gambar di atas.
3. Cucuk-cucuk pastri menggunakan garpu dan bakar doh pastri selama 8-10 minit atau sehingga separuh masak pada suhu 175 darjah cel.
4. Sementara itu sediakan bahan isian cheese.

Filling
Source: Kak Mas


Blueberry filling

250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1 biji telur


1. Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg.
2. Pipekan cheese dlm pastry dan sudukan 1/4 sudu kecil blueberry. Buat corak ikut suka.
3. Bakar 180C dalam 5-10minit. Angkat.


Tuesday, October 12, 2010

Biskut Raya

Inilah diantara biskut raya hasil kerja tanganku dan rakan-rakanku

Almond London

Popiah Simpul

Kuih Gunting

Bangkit Kelapa

Bangkit Peanut

Bangkit Santan

Tart Strawberry

Semprit

Green Pea

Agar-agar kering

Snow Almond

Tart Pineapple

Jejari Kopi

Pineapple Tart Bunga