Saturday, February 28, 2009

Miul & Negaraku

Begitu bersemangat miul menyanyikan lagu Negaraku...


Hari Jadi Kak Long





Birthday Kak Long yang ke 12

Buat cup cake je untuk birtyday kak long. Bawa kat sekolah bagi kawan-kawan.
Seronoknya dia bagai nak rak.... . Bukannya apa bukanya cantik sangat baru
belajar nak buat aising... apa-apa pun kak long benar-benar sukakannya...

Thursday, February 19, 2009

Pasta Goreng



Resepi ni saya ceduk daripada resepi Mat Gebu tapi dah banyak diubah suai mengikut bahan yang ada ..... Anyway anak-anak suka...

Bahan :

1 paket pasta
1 bottle sos spaghetti

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit udang
sedikit garam dan gula

Cara :

Tumiskan bahan bawang putih dan diikuti dengan bawang merah.

Masukkan sos spagetti, kacau rata dan masukkan udang.

Kemudian masukan pasta, sedikit garam dan gula...

Monday, February 16, 2009

Kuih Cek Mek Molek

Resepi yang Zie ambil dari Sini  .... terima kasih kepada empunya resepi ini






500 gm keledek kukus dilecek
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar air
sedikit garam
sedikit air
inti: gula halus

caranya:
Campurkan keledek yang telah dilecek dengan semua bahan bahan di atas. Uli hingga sebati tidak melekat ditangan.
Bulatkan dan lenyek sedikit untuk diintikan dengan gula halus.
Tutup inti dan bentukkan membujur.Kemaskan.
Ulang sehingga habis.
Goreng dengan minyak yang banyak. Dan hidangkan.

Kuih Lapis Keladi




Resepi saya ambik dari blog... x berapa nak ingat.... sebab ambilnya dah lama cuma tak berkesempatan nak buat je... baru-baru ni mak dari Kuantan datang .... saya buatkan...
walaupun masih sakit sempat juga membuatnya... almaklumlah hobi....

Bahan-bahannya :

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1/2 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple

Bahan C
1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air (leh lebihkan sikit kalau suka lembik... sikit)

Cara-caranya :

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan

Kek Coklat




Wednesday, February 11, 2009

Penyakit tiba-tiba


4hb diserang sakit pinggang yg teramat sakit...
jam 4.00 am ke klinik berdekatan utk dptkan rawatan
suspect b.karang. Susulan esok harinya ke Pusat Rawatan
Kampung Baru
Specialist Dr Kamil advice - makan ubat untuk pecahkan
batu... 8hb pm sekali lagi attack - x boleh stand terus admit
9hb - 1.00pm terpaksa buang batu...

Alhamdulilah dengan izinNya hari ini dah ok...

Anak & anak buah....




Kekawan tempah





Untuk Kanak-Kanak Tadika...