Monday, February 16, 2009

Kuih Lapis Keladi




Resepi saya ambik dari blog... x berapa nak ingat.... sebab ambilnya dah lama cuma tak berkesempatan nak buat je... baru-baru ni mak dari Kuantan datang .... saya buatkan...
walaupun masih sakit sempat juga membuatnya... almaklumlah hobi....

Bahan-bahannya :

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1/2 cawan air
1 s/b pes keladi
pewarna purple

Bahan C
1/2 cawan keladi parut
1/2 cawan air (leh lebihkan sikit kalau suka lembik... sikit)

Cara-caranya :

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan bahan B dalam 1 bahagian.
4. Masukkan bahan C dalam 1 bahagian.
5. Panaskan kukusan dan lapikkan pelastik dalam loyang 8 x 8 inci yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 cawan adunan bahan B dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 cawan adunan bahan C dan kukus semula selama 15 minit.
8. Lapiskan adunan bahan B dan adunan bahan C berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan selama 4 - 5 jam dan potong untuk dihidangkan

No comments: