Thursday, January 24, 2013

Kek Pisang Gebu

Cam teringin nak makan kek pisang hari ni ... cari punya cari terjumpalah kt blog ni
sedap tul kek pisang gebu ni. Anak-anak pun suka begitu juga ngan hubby... terima kasih kepada empunya resepi



Cantik gitu...



Nah sepotong untuk adik ...



Dah tinggal setengah ...


Sepinggan untuk k.iparku...

Resepinya : 


 ( Loyang 8x8')

 Bahan2:
 4 Biji telur
 2 Cawan Tepung Gandum
 1 sudu Teh Baking Powder
 1 sudu Teh Soda bikarbonat
 1 cawan Gula
 1 sudu makan ovalett
 7 Biji pisang sederhana besar (Dilecek)
 1 Cawan Minyak jagung ( saya Guna Olive oil je)
 1 Sudu Teh Esen Pisang
 50g badam kisar
 50g Kismis (Dikisar/diBlend)



Cara membuatnya :


Ayak Tepung Gandum, Baking Powder, & Soda Bikarbonat...Ketepikan..

Dalam Bekas lain,pukul telur & Gula hingga kembang...
Masukkan pula ovalett..putar lagi biar sebati..
Kemudian Masukkan adunan Tepung yang telah diayak tadi...putar hingga adunan sebati...
setelah itu masukkan pula Minyak jagung, Pisang yang telah dilecek, & Esen Pisang...Putar lagi dengan kelajuan sederhana,hingga adunan benar2 sebati .
Akhir sekali, masukkan badam kisar & kismis Yang telah dikisar...putar biar rata..
Sediakan loyang yang telah di alas dengan baking papper & sedikit mentega.. kukus hingga kek masak menggunakan api yg sederhana besar ye...slmt mencuba

Thursday, January 17, 2013

Kenduri Doa Selamat

Kenduri doa selamat di kampung ibuku  Kuantan, Pahang. Kenduri doa selamat  semoga  ibuku selamat pergi dan balik bagi menunaikan umrah ke Tanah Suci.

Tidak banyak persiapan yang dibuat ringkas-ringkas je. Zie hanya menyediakan kek marble dan cheese cake bagi pencuci mulut. Lain-lain hidangan tak sempat shoot sebab cameramannya.... terlebih vitamin M malam tu... hehehe




Gift untuk tetamu...


Add caption
Alhamdulilah kenduri berjalan lancar. Semua makan habis dan cukup untuk tetamu malam tu..

Tuesday, January 15, 2013

Kuih Cara

Resepi dari sumber : Resepi Nannie :

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
3 helai daun pandan
Sedikit pewarna hijau
secubit garam

BAHAN INTI KUIH :

Gula secukupnya


CARA MEMASAK :


~ Panaskan acuan khas utk kuih cara diatas dapur.

~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.

~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis utk memastikan adunan tidak berketul .

~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan , perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.

~ Isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung periuk,tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang2


Kuih Ubi Kayu (lagi)






Kuih Tiram


Suka sangat makan kuih ni. Mula-mula nak membuatnya rasa cam leceh je, rupa-rupanya tidaklah susah sangat pun. Puas dapat makan hasil dari tangan sendiri...
Resepi ni Zie ambil dari blog .. terima kasih kerana sudi berkongsi.




Bahan-bahan:

500gm tepung
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

Cara-cara sila rujuk di blog ni... rasa cam malas je nak menaip almaklumlah dah petang-petang ni...

 

Wednesday, January 9, 2013

Bingka Ubi Kayu

Salam semua, hari ni teringin betul rasanya nak makan bingka ubi kayu. Pagi tadi semasa membeli barang-barang dapur terjumpa pulak ubi kayu so rasanya niat dihati yang yang diidam-idam akan tercapai rasanya. Alhamdulilah nilah hasilnya....


Resepi ni Zie ambil diblog ni... terima kasih kepada empunya resepi.  




 
Bahan-bahannya:  

 4 cawan ubi kayu parut
1 cawan gula
2 cawan santan pekat
2 biji telur (zie gunakan 1 biji je)
100 gm butter
Sedikit pewarna kuning

 
Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk yang sesuai.Gaul hingga sebati.Tuangkan kedalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak.Bakar hingga masak dan garing dibahagian atasnya.Biarkan kuih sejuk baru di potong.

Monday, January 7, 2013

Birthday Kak Long

Selamat ulangtahun anakku .... semoga berjaya di dunia dan akhirat serta beriman denganNya...


Saturday, January 5, 2013

Kuih Cucur

Untuk ibu mertuaku..... resepi tetap yang sama






Murtabak Maggie

Breakfast untuk anak-anak Zie. Memang menjadi kegemaran mereka ni ...


 
 
 

Bahan - bahan :

5 bungkus maggie
1 bungkus daging ayam cincang Ramli
1 biji bawang merah besar
2-3 tangkai daun sup
5 biji telur

Caranya :

Tumis bawang sehingga naik bau kemudian masukkan daging. Goreng hingga naik bau. Sebelum itu maggie dicelur dahulu. Apabila sudah naik bau matikan api. 

Telur dan maggie digaul bersama didalam  bekas lain  kemudian masukan daging yang digoreng tadi dan last  sekali masukkan daun sup. Gaul sampai rata. Kemudian bolehlah digoreng.

 

Friday, January 4, 2013

Nasi Lemak


Terajin la pulak pagi ni nak buat nasi lemak bersama daging black paper, rendang ayam (masak semalam) dan telur goreng (fav si bujangku amirul)
Layan jelah ... sekali sekala pekena nasi lemak okey kott...