Sekitar class Puan Noraini di Selayang. Mudah difahami dan jelas...
Anyway thanks a lot to Puan kerana iklas mengajar kami semua. Seronok kerana dapat belajar bersama-sama.
Jika berkesempatan dan ada kelapangan zie akan datang belajar di sini lagi ....
Monday, June 29, 2009
Monday, May 25, 2009
Moist Choclate Cake
Cubalah Moist Choc. Cake dari My resepi ni...
Memang sedap ... cubalah.... memang betul-betul moist ....
Bahan-bahan ( loya
ng 9 in (tinggi 3in) )
- 250gm butter
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan gula perang
- 4 biji telur (A)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 cawan susu segar suam
- 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
- 3/4 cawan serbuk koko
- Utk choc ganache:
- 150gm coklat masakan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/4 cawan air panas
- 1 sudu besar butter
Cara-cara
- Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
- Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
- Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
- Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
- Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
- Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
- Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.
Labels:
Kek Coklat
Thursday, May 21, 2009
Moist Chocolate Cake
Resepi ini zie terbaca dalam satu blog tapi dah ingat kat mana...
Katanya kek ni betul-betul moist walau pun dibakar. Jadi zie cuba membuatnya. Memang moist
betul...
Dah ramai kawan yang order kek ini... walaupun malas... zie buat buatkan juga... almaklumlah...
Bahannya :
250gm butter
310gm gula kastor
1 sudu kecil ovellate
6 biji telur
250gm tepung
2 sudu kecil baking power
11/2 sudu kecil bicarbonate
*diayak
Paste :
1 cawan coco powder
11/4 cawan air
60gm gula kastor
1 sudu kecil nescape
Topping :
300gm cooking chocolate
200gm whipping cream
1 sudu kecil butter
Caranya :
Pukul butter, gula kastor dan ovellate sehingga kembang .
Masukkan telur satu persatu diikuti tepung yang telah diayak bersama soda bicarbonate dan baking power berselang seli dengan paste.
Bakar 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven.
Labels:
Kek Coklat
Subscribe to:
Posts (Atom)


