Thursday, April 23, 2009
Small Mufin Cip Coklat
emm... mufin chip coklat ni... Curi resepi ni dari resepiRRrecipe.com.
cuma gula zie kurangkan dan susunya zie tukarkan kepada perasa coklat
Bahannya :
21/2 cawan tepung medium protin
3 sudu kecil serbuk penaik
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan serbuk coklat
1/2 cawan minyak jagung
2 cawan cip coklat
1 cawan susu segar - coklat
3 biji terlur grade A
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
Caranya :
Ayak tepung bersama serbuk penaik dan serbuk coklat dan tuangkan ke dalam mangkuk besar. Campurkan gula halu, garam, cip coklat dan gaul rata. Ketepikan
Putar susu, telur dan minyak jagung hingga kembang di dalam bekas yang berasingan. Kemudain tuangkan adunan cecair tadi ke dalam campuran tepung sambil digaul rata.
Sudukan ke dalam acuan mufin dan bakar dalam 15 minit pada suhu 180C.
Monday, April 20, 2009
Apam Mekar
Suka sangat makan kuih apam...
Anakku Amirul mengadakan birthday party untuk member di school
jadi zie bekalkan apam berwarna-warni ni untuk mereka.
Alhamdulilah habis juga.... Cikgu-cikgu semuanya sukakanya...
Resepi asal daripada blog Myresepi ...
Bahan-bahan ( 30 biji )
3 biji telur1 1/4 cawan gula
1 sudu makan ovallete
1 cawan air aiskrim soda
3 cawan tepung gandum
Cara-cara
Pukul telur, gula dan ovallete sehingga kembang/gebu.Masukkan air aiskrim soda, dan pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Dan pukul rata.
Masukkan ke dalam paper cup dan kukus dalam 10 -15 minit.
Monday, April 13, 2009
Bahannya:
1 swiss roll
1 tin potongan buah-buahan (820g)
2 kotak instant jelly crystals (90 g)
4 cawan susu segar
3 sudu besar gula caster
3 sudu besar tepung custard +
3 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
1 sudu besar mentega
Caranya :
Swiss roll dipotong-potong dan disusun dalam bekas. Siramkan beberapa sudu sirap daripada buah-buahan tin yang telah ditoskan tadi.
Panaskan susu, gula dan campuran tepung kastad sehingga pekat. Masukan vanila dan kuning telur dan kacau rata. Akhir sekali masukkan mentega.
Tuang kastad sehingga menutupi keseluruhan permukaan kek dan biarkan sebentar sehingga kastad keras. Susun buah-buahan di atas kastad.
Bancuh jelly crystal mengikut arahan pada kotak dan tuangkan sehingga menutupi keseluruhan permukaan kastad. Biarkan jelly beku.
Masukkan ke dalam peti sebelum dihidangkan...
Saturday, April 11, 2009
Kuih Cucur
Teringin benar dia nak mencuba kuih ini. Zie luangkan juga masa membuatnya...
Sebenarnya kuih ni salah satu kegemaran my hubby & my mother in law
Resepi asal dari emakku...
Adunan tepung yang sederhana kepekatannya..
Kandungan minyak yang sederhana banyaknya... Api pun sederhana besarnya.
Cara mengoreng kuih cucur...
Apabila permukaan atas sudah mengeluarkan lavanya... barulah dibalikkan... kemudian boleh diangkat.
Inilah hasilnya....
Bahannya :
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk gula
11/2 air
Sedikit gula merah
Caranya :
Campurkan kesemua bahan hingga sebati. Kemudian diperap semalaman di dalam peti sejuk dan boleh digoreng keesokkan harinya....
Sunday, April 5, 2009
Kole Kacang
Kuih ni memang kegemaran zie.. suka sangat makan, terutamanya dalam bulan puasa
sebab bulan-bulan yang lain payah nak dapat yang sedap.
Percubaan kali ke 2, ceduk dari resepi che'iza@myresipi.com. Zie cuma ubah sikit kandungan airnya.... suka lebik sikit
Bahannya;
A.
1 cawan santan pekat
B.
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
11/3 cawan air
beberapa helai daun pandan
C.
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
secubit garam
Caranya;
Masak semua bahan A hingga menjadi tahi minyak. Apabila siap ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
Masak bahan B hingga gula larut dan sejukkan.
Masukkan bahan C dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.
Masukkan adunan tadi dalam kuali yang berisi lebihan minyak kelapa. Dikacau selalu agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang dalam bekas.
Bolehlah dipotong dan ditabur tahi minyak apabila adunan dah sejuk.......
Thursday, April 2, 2009
Kek Batik Biskut Marie
Bahannya:
400 gm biskut Marie - dipatah-patahkan
250 gm mentega
230 gm susu krimer manis
200 gm air
140 gm gula kastor
50 gm serbuk koko
50 gm serbuk mila
2 biji terlur - dipukul
1 sudu teh esen vanila
Caranya :
Masukkan mentega dalam periuk. Panaskan atas api sederhana hingga cair.Tuangkan air dan dikacau sebati. Kemudian masukkan serbuk milo, serbuk koko, susu krimer, gula kastor dan esen vanila. Dikacau rata. Tuangkan terluar. Apabila bancuhan pekat, masukkan biskut. Kacau sebati dan tutup api. Alaskan acua yang dialas dengan kertas aluminium. Tuang adunan. Gunakan plastik, ketak atas kek dan ditekan agar padat. Biarkan sejuk dan bolehlah disimpan dalam peti sejuk sebelum dipotong untuk di korban kan....
Kek Zebra
Teringat nak buat kek. Tapi tak tahu kek apa yang nak diadun..
Tengok-tengok apa bahan yang ada.. inilah hasilnya ...
Kak Ngah paling suka kek zebra ni..
Bahan :
A.
250 gm mentega
220 gm tepung kek - diayak
1 sudu teh serbuk penaik - diayak
200 gm gula kastor
50gm air susu
4 biji terlur gred A
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh emulco coklat
Caranya :
Griskan acuan bulat berukuran 8” . Lapis dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C.
Jemput - Jemput Pisang
Salah satu kuih tradisional kegemaran keluargaku...
Bahan :
1 cawan pisang yang dileyekkan
2 cawan tepung gandum
Air Secukupnya..
Caranya :
Gaul kesemua bahan sehingga sebati. Kemudian boleh digoreng sehingga kekuningan.