Monday, April 13, 2009
Bahannya:
1 swiss roll
1 tin potongan buah-buahan (820g)
2 kotak instant jelly crystals (90 g)
4 cawan susu segar
3 sudu besar gula caster
3 sudu besar tepung custard +
3 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
1 sudu besar mentega
Caranya :
Swiss roll dipotong-potong dan disusun dalam bekas. Siramkan beberapa sudu sirap daripada buah-buahan tin yang telah ditoskan tadi.
Panaskan susu, gula dan campuran tepung kastad sehingga pekat. Masukan vanila dan kuning telur dan kacau rata. Akhir sekali masukkan mentega.
Tuang kastad sehingga menutupi keseluruhan permukaan kek dan biarkan sebentar sehingga kastad keras. Susun buah-buahan di atas kastad.
Bancuh jelly crystal mengikut arahan pada kotak dan tuangkan sehingga menutupi keseluruhan permukaan kastad. Biarkan jelly beku.
Masukkan ke dalam peti sebelum dihidangkan...
Labels:
Pencuci mulut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment